Pada 5 Ogos 2008 Kesatuan Pekerja-Pekerja Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara ( PERHILITAN ) Semenanjung Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Agong DwiTahunan Kali Ke8 di Institut Biodiversiti ( IBD ) Jabatan PERHILITAN Bukit Rengit, Lanchang, Pahang.
Mesyuarat tersebut telah di rasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN En. Abd. Rasid bin Samsudin dan Tetamu Khas iaitu Presiden CUEPACS Tn. Hj. Omar b. HJ. Osman.
Mesyuarat diadakan mengikut Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja Peraturan 9, Mesyuarat Agong hendaklah diadakan Dua Tahun sekali bagi pemilihan pegawai-pegawai kesatuan dan usul-usul pindaan peraturan kesatuan. Dalam pemilihan pegawai-pegawai kesatuan, Jawatan Presiden (YDP), Naib Presiden, Setiausaha dan Bendahari menang tanpa bertanding manakala Jawatan Ahli Majlis (AJK) undi sulit telah dijalankan. |