Menu Utama  |  AJK  |  Status Kehalian  |  Aktiviti Kelab  |  Muat turun  |  Arkib  |  Soalan Lazim |  Galeri
     
 
Kursus Kecergasan Fizikal dan Motivasi & Perlawanan Sukan Antara Zon Jabatan PERHILITAN
Kelab Sukan dan Kebajikan PERHILITAN (KSP) telah menganjurkan Kursus Kecergasan Fizikal dan Motivasi & Perlawanan Sukan Antara Zon Jabatan PERHILITAN pada 19 - 22 Feb 2009  di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Temerloh, Lanchang, Pahang. Seramai 250 orang ahli Kelab Sukan telah menyertai kursus tersebut. Sebanyak 10 acara sukan dipertandingkan manakala dua lagi dipertandingkan secara terbuka. Zon timur telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Perlawanan Sukan Antara Zon Jabatan.
 
 
 
 
       
 
 

Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan PERHILITAN Sesi 2007/ 2008
Pada 27 April 2007, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan PERHILITAN telah mengadakan satu Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan PERHILITAN Sesi 2007/ 2008 di Institut Biodiversiti, Lanchang, Pahang. Ahli-ahli dari Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN dan negeri telah menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN, Y.Bhg. Dato' Abd Rasid Samsudin. Pelbagai agenda telah dibincangkan pada mesyuarat tersebut dan antara adalah perlantikan Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan PERHILITAN. Berikut adalah Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan PERHILITAN bagi Sesi 2007/ 2008:

• Yang Dipertua: Y.Bhg. Dato' Abd Rasid Samsudin
• Naib Yang Dipertua: Encik Abdul Kadir Abu Hashim
• Setiausaha: Encik Salman Hj Saaban
• Bendahari: Encik Rahmat Topani
• AJK Negeri
• AJK Ibu Pejabat
• AJK Juruaudit


- Minit Mesyuarat Agong Kelab Sukan 2007/2008

 
     
  Galeri
  Kursus Kecergasan Fizikal dan Motivasi & Perlawanan Sukan Antara Zon Jabatan PERHILITAN
 
lagi...
  Hari Keluarga 2008 & Program Motivasi Kakitangan Jabatan PERHILITAN
 
lagi...
  Kejohanan Sukan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Tahun 2007
 
lagi...
 
  Latarbelakang
 
"Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan PERHILITAN telah ditubuhkan
pada 27 Julai 1985, dibawah Akta Pertubuhan 1966. Nombor
pendaftaran KSP merupakan 176/85 (Wilayah Persekutuan).

Matlamat Penubuhan :-

  Meningkatkan kecergasan fizikal kakitangan terutamanya aspek
Sukan
  Bekerjasama dan menyumbang ke arah aktiviti kebajikan, sosial
dan kebudayaan kakitangan, dan
  Mengeratkan silaturahim di kalangan semua ahli KSP
     
   
  Yang DiPertua,
Kelab Sukan dan Kebajikan,
d/a Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN,
KM 10, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-9075 2872
No. Fax: 03-9075 2873
   
  
© Hakcipta Terpelihara Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan PERHILITAN 2009