>> Muat turun borang ahli
 
Tips:
Lelah:

Bersihkan dua tangkai bunga belimbing buluh. Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas ini ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas ini dan biarkan sejuk, kemudian berikan pesakit lelah minum air (terumanya kanak-kanak berusia kurang dari lima tahun) dalam bekas itu (lebih elok jika ditapis dahulu) Ulangi amalan ini setiap hari selama seminggu dan lihatlah hasilnya. Insya Allah..

   
 
   
Majlis Sambutan Hari Raya PUSPANITA Cawangan PERHILITAN Di Rezab Krau

Pada 21 Oktober 2009 (Rabu) telah berlangsungnya sambutan majlis hari raya bagi ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Rezab Krau di Dewan Merak, Institut Biodiversiti, Jabatan PERHILITAN Lanchang, Pahang.

Majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA Jabatan PERHILITAN iaitu Datin Sharifah Rohani binti Kamarudin. Turut hadir ke program ini ialah Pengerusi PUSPANITA Cawangan Rezab Krau, Puan Siti Mariam binti Wan Chek dan Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Rezab Krau iaitu Puan Talbiah binti Abdul Samad.

Selain daripada sambutan majlis hari raya, turut diraikan ahli-ahli PUSPANITA yang menyambut hari kelahiran pada bulan Jun-Disember 2009. Bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya tersebut, pertandingan ibu anggun dan cabutan bertuah turut dijalankan.
 
Ahli PUSPANITA bekerjasama menyusun hidangan Tetamu jemputan yang hadir ke majlis sambutan hari raya Ahli PUSPANITA yang hadir
ke majlis sambutan hari raya
 
Acara memotong kek bagi ahli yang menyambut hari lahir
pada bulan Jun-Disember