Program Kem Kesihatan PUSPANITA
Program
Kem Kesihatan PUSPANITA Jabatan PERHILITAN telah diadakan
pada 27 Jun 2009 (Sabtu) bertempat di Auditorium Ibu
Pejabat PERHILITAN bermula dari jam 8.30 pagi hingga
12.30 tengahari. Seramai 20 orang ahli PUSPANITA telah
menyertai program tersebut.
Kem ini memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan
penjagaan dan amalan kesihatan disamping dapat mengeratkan
hubungan di kalangan ahli-ahli PUSPANITA.
Program dimulakan dengan acara senamrobik yang diketuai
oleh Cik Suzilawati Binti Ramzan dan diikuti dengan
acara pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk ujian
pap smear dan kanser payudara oleh anggota kesihatan
dari Klinik Kesihatan Cheras Baru, Kuala Lumpur dan
taklimat mengenai penjagaan dan tip kesihatan oleh
Pusat Kecantikan.
Selain dari aktiviti kesihatan dan riadah turut diadakan
satu pertandingan bowling bertempat di ARL Powerbowl,
Shopping Centre Alamanda, Putrajaya.